BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Sunday, March 6, 2011

SELASA/ 01/03/2011


TUBIK?


Ketika aku membuka laman sesawang facebook, aku melihat rakan serumahku memaparkan satu gambar yang merujuk kepada papan tanda yang ditulis dengan perkataan “Tubik”. Aku terkejut juga kerana papan tanda selalunya ditulis dengan bahasa Melayu yang standard.


Komen/ Cadangan:

Perkataan ‘tubik’ berasal daripada dialek Kelantan yang bermaksud keluar. Aku berpendapat papan tanda tersebut terdapat di negeri Kelantan. Hal ini demikian kerana jika papan tanda tersebut digunakan di negeri seperti Pahang, Johor dan lain-lain, orang ramai yang melihat papan tanda tersebut pastinya tidak memahami. Pengaruh persekitaran dan dialek juga mempengaruhi urusan seharian kita.



 Papan tanda yang sepatutnya menggunakan bahasa Melayu yang standard.

0 comments: