ISNIN 17/01/2011
Setiap hari aku menaiki bas untuk ke kelas sama ada kelas yang berada di kampus Sultan Abdul Jalil atau di Proton City. Kebiasaannya pelajar-pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) akan beratur semasa menaiki bas pada waktu pagi, tidak berebut dan sabar menanti ketibaan bas. Namun, situasi ini berubah ketika waktu tengahari. Hal ini jelas dapat dilihat ketika aku ingin pulang ke kolej kediaman selepas menghadiri kelas di kampus. Para pelajar saling berebut untuk menaiki bas sampai tertolak-tolak. Keadaan ini agak melemaskan aku kerana aku sendiri terasa seperti sesak nafas kerana berebut. Tiba-tiba aku terdengar seorang pelajar perempuan menjerit yang aku namakan sebagai gadis A.
Gadis A: Oii…sakitlah aku ni. Beg aku ni.
Agak-agaklah nak naik pun.
Komen : Hal ini berlaku apabila keadaan pelajar yang berebut-rebut untuk menaiki bas menyebabkan pelajar tersebut terhimpit dan mengakibatkan beg yang dibawa olehnya tersepit. Hal ini disebabkan setiap pelajar ingin pulang cepat ke kolej kediaman masing-masing. Gadis A tidak seharusnya mengeluarkan kata-kata seperti itu. Bagi diriku ayat tersebut agak kasar bagi seorang gadis.
Cadangan : Keadaan seperti ini tidak akan berlaku sekiranya setiap pelajar beratur ketika menaiki bas. Gadis A juga tidak seharusnya mengeluarkan kata-kata seperti itu. Tidak salah sekiranya menggunakan bahasa yang lebih halus bersesuaian dengan naluri kewanitaan yang penuh kelembutan.
Bahasa Jiwa Bangsa.
Renung-renungkanlah…
0 comments:
Post a Comment